HARI BUKU SEDUNIA : Semarak Industri Perbukuan Negara

Mungkin tidak ramai yang sedar bahawa hari ini ada keistimewaannya bagi penggemar dan penggiat industri buku. Biarpun tidak ramai yang menyedari hari istimewa ini (23 April 2008) namun kesannya amat besar bagi yang menyedari dan memahami.

Hari ini adalah hari yang telah dipersetujui Pertubuhan Pendidikan, Saintifik & Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai hari untuk mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan hak cipta.

Juga disebut sebagai Hari Buku Sedunia. Hari Buku Sedunia diraikan pada setiap 23 April setiap tahun sejak dua dekad yang lalu.

Diharap Hari Buku Sedunia bukan sahaja satu hari yang berlalu begitu sahaja tetapi diyakini akan meninggalkan impak malah mencambah minat baru untuk terus mendalami ilmu melalui buku dan pembacaan, Insyallah. Untuk teman-teman perbukuan dan semua, Selamat Hari Buku Sedunia 2008, bangsa membaca, bangsa berjaya!


p/s : Cetusan ingatan daripada laman blog KakiSakat